TONGKATtongkat dilahirkan dan dikemudi pada 31 disember 2006, bagi mengakhiri sebuah lembaran yang banyak dugaan dan ketandusan. tongkat dikemudi dan berdiri dengan gabungan kesinambungan teriak tenaga myo dan naem dari kelana jaya datangnya. kelahiran tongkat pada mulanya hanya untuk mengisi ruang sembah di acara pelancaran bau-bau cafe, tetapi apabila potensi dan komitmen yang mapan, tongkat terus berdiri hingga ke hari ini. nama tongkat dipilih atas nama tongkat yang sifatnya membantu. menongkat kehidupan dari sudut yang mungkin berbeza. tongkat dilahirkan dan berdiri teguh atas dasar inspirasi kesedaran terhadap bangsa melayu yang semakin dipinggir, terpinggir dek buatan bahana sendiri. lalu, tongkat lahir memenuhi tuntutan duniawi menginterpretasi kelemahan dan kehodohan skrip melayu melalui kesinambungan musik akustika dan puisi puitis. persembahan pertama di acara pelancaran bau-bau cafe "the gondrong returns" bersebelahan pasar budaya dan mengirimkan 2 buah puisi secara akustika langsung bergerangan bhukan dan sisterm. dengan alunan musik melatari puisi kata-kata indah, genre puisi akustika menjadi pilihan. setakat ini, tongkat telah menghasilkan beberapa buah puisi; bhukan, sisterm, athmara, kusutq dan buletin 26;12 dan tiga daripadanya telah dirakam ke cakera padat yang mampat dan berisi. melayu adalah kehidupan ANDA. untuk menghubungi, layari www.myspace.com/thetongkat atau kiriman pesanan elektronik ke [email protected] ataupun ke 012.6728819 naem.terima kasih semua!