Metalasia tertubuh di atas cetusan rasa dan keinginan anggotanya yang ingin membawa pendengar menjiwai muzik ala 80an yang diberi nafas baru dengan penekanan terhadap gitar work yang sangat progresif. Dianggotai oleh 5 orang anak muda yang mempunyai pengalaman yang mendalam dalam bidang muzik terutamanya yang membabitkan jenis muzik underground dan seangkatan dengannya, mereka kini dilandaskan yang paling tepat untuk mengegarkan persada muzik metal tanahair.Apapun, Metalasia terbukti mempunyai iltizam yang tinggi bagi memartabatkan tahap persembahan muzik dengan menonjolkan muzik metal progresif yang sekaligus menyerlahkan kebolehan dan ketangkasan pemuzik-pemuziknya di dalam setiap persembahan lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album pertama mereka berjudul Khalifah Alam Maya.Metalasia dan Khalifah Alam Maya memang memberi pengertian yang sedikit konflik kerana di dalam satu masa mereka berazam menjadi kumpulan metal terunggul di Asia manakala di sudut yang lain pula mereka ingin menjadi utusan yang membawa khabar gembira buat pencinta-pencinta muzik metal.Di dalam persembahan konsert mereka baru-baru ini di Karnival Bukit Jalil, Metalasia telah berjaya membuktikan bahawa mereka mampu duduk sebaris dengan pemuzik-pemuzik handalan seperti Man Kidal, Shahrul, Hillary, Samad, Izo dan ramai lagi. Ketangkasan gitaris Metalasia iaitu King Shah dan kehebatan penyanyi dan gitaris kedua mereka CD dapat dilihat pada setiap lagu yang diperdendangkan Metalasia. Headbangin, solo gitar, larian dan koreografi yang unik turut menambah serlah kerancakan persembahan mereka di pentas.Mereka adalah jawapan yang paling tepat kepada peminat-peminat yang telah lama dahagakan mutu muzik yang berkualiti. Lagu-lagu di dalam album mereka banyak mempamerkan penerokaan baru untuk kemajuan muzik metal dan ini bersesuian dengan judul album mereka Khalifah Alam Maya. Namun, Metalasia tidak seharusnya lupa dan alpa bahawa tanpa lagu yang iramanya mampu memikat para pendengar, usaha mereka ke arah kecemerlangan mungkin sia-sia. Rata-rata peminat muzik di Malaysia mempunyai tabiat yang hanya mengambil tahu sesuatu kumpulan baru apabila ada irama lagu daripada album mereka yang mampu mencuri perhatian. So, what U have to do is just put aneffort on it and try to understand the audience.Petikan dari Majalah Konsert Edisi Ogos/Sept. 99 Vol: 1.
* Jutaan terima kasih kepada kakitangan Majalah Konsert.
* Jutaan terima kasih kepada editornya Ms. Nyza kerana memberitahu aku di dalam IRC tempohari yang dia ada menulis artikel ini di dalam Majalah Konsert.
My Interests
Music:
Member Since: 12/21/2006
Band Members:
Current Line-Up
- King Shah : guitar
- Ritz : guitar
- Sam Maya : batterie
- Zen : bass
- Muix :vocal