layan profile picture

layan

I am here for Dating, Serious Relationships, Friends and Networking

About Me

Layout made by sakuraanimeClick Here For Thousands of Myspace Friends
Click Here For Thousands of Myspace Friends%D%A%D%A
| View Show | Create Your Own %D%A%D%A
| View Show | Create Your Own %D%A%D%A .contactTable table, table.contactTable td {padding:0px !important; border:0px; background-color:transparent; background-image:non..............................

My Interests

Peribadi Soleh-Solehah - Anda Mampu Milikinya! Em... Zaman ini, zaman yang penuh dengan fitnah terhadap kita semua... maksiat dan kerosakan sangat berleluasa... wanita dan lelaki kelihatan sama sahaja, tiada jurang pembeza yang ketara lagi. Pakaian? Em, kelihatan seakan-akan sama saja. Agama? Em, entah... macam mereka dah tak peduli je... ada masa ke nak fikir pasal agama ni? Em, kerana apa yer? Kerana lenyapnya peribadi soleh dan solehah agaknya... Ku tinjau-tinjau, Tak kira jantina, ada saja di mana-mana. Bersesak-sesak di pasar? Yup, ada... ramai sangat... di pawagam? Yup, ramai juga... em, di tempat melepak dan restoran? Lagi ramai! Laki dan wanita, campur aje... Em, di pesta buku pulak? Em, alhamdulillah masih ramai (harap-harap tidak silap beli buku)... em, di masjid? ...sedih, tak ramai, sikit sangat. Di kuliah-kuliah ilmu? Macam dah tak minat jer nak datang... Ya Allah, Sukarnya mencari wanita yang solehah... Manakala bagi wanita, sukarnya mencari lelaki yang soleh... Aii... iyeke? Kesiannya anda sekalian... yang lelaki susah nak cari yang solehah... Yang wanita pulak, susahnya nak mencari yang soleh! Hehe... teringat cabaran sahabat-sahabiyah yang baru grad yang duk tengah sibuk nak cari calon pasangan suami atau isteri... Ke mana sang soleh-solehah menghilang yer? Takkan pupus kot? Takdelah... mana boleh pupus pulak... Takkan pupus punya, Hai sahabat, kalaulah anda yang jadi soleh, tak kan timbul lagi perkara ni... so, senanglah si solehah nak cari anda... so, persoalannya andalah yang kena mulakan... kena ada mahu... letakkan iltizam... Then, muslimat... macam mana dengan anda? Takkan nak suruh lelaki je yang mula dulu? Anda bagaimana? Bila nak mula? Tak adillah sebelah pihak jer... Ingat... anda kena mula juga... Anda perlu tahu, orang yang soleh akan mencari wanita yang solehah. Tak nak lah wanita yang diluar standard solehah! Lelaki soleh... tentu mahu pasangannya wanita solehah! Ha, barulah kena kan? So, sebagai kesimpulan... Anda-anda semualah yang kena mulakan... So, jom berlumba-lumba jadi insan soleh-solehah... bukan kerana nak cari pasangan yer? Tapi, mestilah kerana Allah... then, insyaAllah, tenang jiwa anda... damai... Bersama redha Ilahi pastinya... Insan soleh-solehah pun akan datang cari anda... Emm.. jangan berlumba-lumba jadi mat rempit pulak yer... maklumlah, mat rempit pun dah tukar profession... dah jadi penerjun di kutub utara tu! So, anda bila lagi? Jom lah jadi insan soleh-solehah... insan yang mulia di sisi Allah mahupun manusia... Ok? Em, wahai insan yang bernama wanita... sahabat yang bergelar lelaki... jangan buang masa... marilah kita check or semak semula, apa dia prinsip soleh-solehah tu yer? Ada ker dalam diri kita prinsip-prinsip tu? Ade ke personaliti soleh-solehah tu pada kita? Takkan sikit pun tak ada? Sedihnya kalau tak ada... rugilah anda nanti... Baik cepat-cepat setelkan! Jangan lambat... Em... sebagai basic... mulakanlah dengan mengenali asas-asas Islam... iman mesti mau dijaga. Lakukanlah solat dengan sempurna - cukup lima waktu, tonjolkan imej-imej insan yang Islami... Di samping lakukan solat sempurna... tambahkanlah sedikit-demi-sedikit solat-solat sunat... Then, belajar-belajarlah praktikkan personaliti (adab-adab) insan soleh-solehah.. Em, mulakanlah dengan memakai pakaian yang sopan, bertingkah-laku dengan baik dan jauhi perkara-perkara yang tidak berfaedah. Yang solehah, tinggalkanlah pakaian-pakaian sempit tu! Belajar-belajarlah pakai tudung. Cari baju yang labuh... Kasi tutup lebih rapat dan sempurna daripada biasa. Jangan beri orang tengok percuma lagi. Barulah nampak yang diri anda tu mahal dan bukan bahan lelongan free-show. Orang lelaki pasti rasa insaf dan tunduk malu bila tengok anda nanti.. Em, seterusnya... perlu difahami, bahawa... semua tu perlukan bimbingan ilmu yang jelas... Jadi, jangan lupa selalu-selalukanlah hadir ke majlis-majlis dan kuliah-kuliah ilmu... Amal tanpa ilmu, takut-takut tersesat pulak nanti... Niat di hati nak jadi baik, lain pulak jadinya nanti... Jadi... untuk menjadi insan soleh-solehah... anda perlukan ilmu... Banyakkanlah membaca... di samping jangan lupa mendapatkan bimbingan... supaya tak tersalah ilmu pulak karang! Em... susah ke? InsyaALLAH... kita mampu lakukan... ingat! Anda perlu mulakan... jangan biarkan golongan yang tidak soleh-solehah bertambah di luar sana. Sesak nafas kan kita tengok!!! Bukan kesan baik yang terhasil... bukan sahaja manusia yang susah... Haiwan dan tumbuhan, malahan objek-objek tak bernyawa pun menerima akibatnya... Kalau perbuatan tu dah dilarang oleh agama, tak mungkinlah ia wajar lagi dipandang baik, dan mustahillah kesannya akan baik dan disenangi... Ayuh... tanamkan azam, tambahkan ilmu, tingkatkan amalan, tunjukkan personaliti Islami... bergerak ke arah peribadi insan soleh-solehah...

I'd like to meet:


| View Show | Create Your Own

Movies:

Jadilah Orang BeruntungUntungnya kita hidup di bumi yang aman damai ini, jauh daripada peperangan dan huru hara. Untungnya kita di bumi Malaysia bertuah ini, apa yang kita ingin miliki pasti akan menjadi milik kita dengan usaha yang bersungguh. Untungnya hidup kita sekiranya kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada di samping terus berusaha mendapat yang terbaik dalam hidup. Untungnya hidup ini jika kita sentiasa beruntung.Kata Pepatah Arab, "Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan celaka lah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam"Renung dan telitikan pepatah di atas, apa maknanya? Maknanya untuk menjadi orang yang beruntung, kita mestilah sentiasa menjadi yang terbaik . Tafsiran terbaik boleh diukur sendiri atau meminta orang lain membuat penilaian. Contohnya hari ini kita datang lewat 1 minit ke pejabat, maka esoknya pula kita perlu berusaha untuk datang lebih awal. Ini boleh dijadikan sebagai contoh anjakan daripada yang tidak baik kepada yang baik dan terbaik.Untungnya apabila kita sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik. Untungnya menjadi Muslim kerana apa jua perkara kebaikan yang kita lakukan dengan niat kerana Allah akan diberi ganjaran.Sidang Redaksi. Bahagia terletak pada sifat redaBAHAGIA belum tentu tersimpan di istana yang megah. Bahagia pada sepasang kekasih tentu ada pasang surutnya. Di manakah bahagia? Pada keluasan ilmu, rezeki dan pangkat, atau duduk bercengkerama dengan isteri dan anak-anak? Ternyata itu semua boleh juga menggoncang perasaan, memerah otak jadi lemah, badan kering dan layu, sakit di hati yang susah mengubatinya.Pakar motivasi menyatakan: "Anda adalah apa yang anda fikirkan mengenai diri anda". Manakala hadis Rasulullah SAW memberi petua lagi bernas, sabdanya: " Sungguh hebat keadaan orang mukmin, mereka sentiasa berkeadaan baik. Tidak terjadi yang demikian itu kecuali pada diri orang mukmin. Jika ia mendapat kesenangan ia bersyukur, hal ini adalah kebaikan. Dan jika ia ditimpa kesusahan ia bersabar, itu juga adalah kebaikan ." (Hadis riwayat Imam Muslim).Semua baik, baik dan baik. Apa yang Allah pilih untuk kita adalah baik. Bila sakit ubatnya adalah senyum dan redha. Diuji dengan kekurangan harta tidak menjadi masalah bagi orang yang percaya bahawa bukankah selama ini Allah memberi lebih banyak daripada mengambil? Ibnu Mas'ud apabila ditanya: " Apakah engkau bersedih kerana kehilangan sebelah kakimu?" Beliau menjawab: "Bukankah Allah telah meninggalkan untukku yang sebelah lagi?"Orang banyak mengatakan: "Bahagia itu adalah kepuasan hati." Tapi pernahkah kita berfikir bahawa manusia tidak akan pernah puas? Selagi mana ia berada di dunia ia pasti berhadapan dengan kekurangan. Kurang popular, kurang kaya, kurang cantik, kurang sihat dan pelbagai tuntutan nafsunya yang tidak akan pernah rasa dengan sempurna. Selami dasar hati anda, percayalah bahawa sesungguhnya bahagia itu ada pada sifat redha.Ia bagaikan ubat yang menyejukkan orang yang demam. Seperti rimbunan pohon di tengah panas yang terik, umpama hembusan angin yang sepoi-sepoi bahasa memujuk hati yang luka. Sesungguhnya apa-apa yang datang kepada kita adalah baik belaka kerana Allah SWT lebih mengetahui apa yang 'sesuai' untuk kita. Dia yang memilih, yang Maha sempurna aturan-Nya, yang suci dari cacat cela atas segala pentadbiran-Nya.Sebagai manusia biasa ada kalanya kita 'tidak terima' dengan apa yang terjadi pada diri. Tapi biarlah perasaan itu dikawal pada paras hanya 'terkejut' di puncaknya, kemudian surut dengan perasaan redha atas ketentuan-Nya. Firman Allah bermaksud: " Allah pun reda ke atas diri mereka dan mereka pun redha dengan pemberian-Nya ." (Surah al-Bayyinah, ayat 8.)Ada dua rahsia yang terkandung dalam kalimah Allah itu, iaitu :* Pertama adalah ayat ini cuba memujuk kita bahawa apa-apa yang datang kepada kita semuanya adalah hadiah pemberian Allah. Ujian itu sebenarnya hadiah yang paling mahal tetapi kadang-kadang manusia menganggap cuma nikmat yang paling berharga. * Kedua, wujudnya hubungan kasih sayang antara Allah dan hamba-Nya. Sayang akan melahirkan redha ke atas apa saja yang dilakukan oleh orang yang kita sayang. Kerana sayang, masakan isteri yang kurang garam terasa sedap juga. Kekasih yang menduga dan menyakiti hati kita terpaksa kita terima dengan hati yang terbuka sebab perasaan sayang.Tetapi mengapa pula kita merajuk jika Allah menguji kesetiaan cinta kita. Jika sakit mengeluh panjang, lupa dengan hari ketika ia sihat. Kalau rugi semua orang di amuk, di pejabat, di pasar, di rumah, di jalan raya semua terkena tempias kemarahannya. Rugi yang sedikit itu telah menutup kurniaan Allah yang banyak pada rezekinya selama ini. Betapa sengsaranya orang yang tiada sifat redha.Hidup tidak tenang, dikejar rasa takut, hati rasa kosong padahal peti besinya penuh dengan duit. Segala hiburan dan perhiasan dunia memang boleh mendatangkan bahagia tapi bukan bahagia yang 'diam' dalam hati, ia cuma menempel sebentar di dinding hati kemudian lenyap begitu cepat. Carilah bahagia yang hakiki di atas jalan yang telah dibentangkan oleh kekasih Allah, Muhammad SAW. Bahagia itu adalah redha. Cukup senang formulanya tetapi susah dilakukan kecuali oleh orang yang bijak mengawal perasaan lagi beriman.Tanda reda ada tiga :Pertama adalah kata yang baik ketika menerima ujian Allah. Innalillahi wainna ilaihi rajiun (Kami adalah milik Allah dan kepada Allah kami akan dikembalikan). Bukan sumpah seranah dan maki hamun rasa tidak berpuas hati.Kedua, ketika susah ingatlah dengan nikmat Allah yang banyak. Di situ anda akan berasa beruntung dengan apa yang ada pada diri.Ketiga, ikhtiar jangan berhenti. Redha bukan bermakna menerima tanpa usaha. Itu adalah putus asa dan pesimis namanya. Tapi redha adalah semangat yang membangkitkan hati yang sedih, yang menajamkan akal fikiran, menguatkan hentakan kaki dan membuahkan idea yang bernas untuk berjaya. Jadilah orang yang bahagia dengan kekuatan yang tersimpan dalam mustika yang bernama redha kepada Allah.

Books:

NOVEMBER * Has a lot of ideas * Difficult to fathom * Thinks forward * Unique and brilliant * Extraordinary ideas * Sharp thinking * Fine and strong clairvoyance * Can become good doctors * Careful and cautious * Dynamic in personality * Secretive * Inquisitive * Knows how to dig secrets * Always thinking * Less talkative but amiable * Brave and generous * Patient * Stubborn and hard-hearted * If there is a will, there is a way * Determined * Never give up * Hardly become angry unless provoked * Loves to be alone * Thinks differently from others * Sharp-minded * Motivates oneself * Does not appreciates praises * High-spirited * Well-built and tough * Deep love and emotions * Romantic * U! uncertain in relationships * Homely * Hardworking * High abilities * Trustworthy * Honest and keeps secrets * Not! able to control emotions * Unpredictable