News at 11 profile picture

News at 11

selamat hari raya buat semua!

About Me


News at 11, dilahirkan pada tanggal 09/11/2006 bagi memperingati kejadian burok yang menimpa WTC. Band ini ditubuhkan oleh Kadir dari Kalamanxi kerana beliau ingin mencuba genre baru iaitu jazz, blues dan funk. Kadir telah mengajak kawan-kawannya dari Kalamanxi iaitu Kecik sebagai gitaris, Hizami sebagai bassis dan Adip sebagai drummer. Selepas itu Kadir menjemput Odei dari Laughin Janitor untuk menambahkan alat musika sebagai gitaris kedua. Oleh kerna Odei sedang menjalani latihan industri lalu Kadir menghubungi Fay dari I-Scream untuk menjadi keyboardist.
Kesemua kami adalah mahasiswa Multimedia Universiti Melaka. Oleh kerana kami masih mahasiswa, maka kami sukar untuk memberi komitmen yang penuh mendalam. Biasanya kami membuat latihan sekali pada setiap minggu.
Kami selalu mendapat jemputan untuk membuat persembahan di dalam kampus MMU Melaka anjuran MMUsic Society. Di antara band-band yang pernah kami berkongsi pentas ialah The Times, Bittersweet, Radiostar, Hujan, The Rhaman, Abstrak Hingga ke Bulan, Ahli Fiqr, Nervedeless & Tyre Pancit. Kami juga pernah memasuki pertandingan-pertandingan musika dan alhamdulillah, kejayaan kami ialah Juara Kategori Band, Music Fest 06 dan Naib Juara Kategori Band, Rentak 07.
Inspirasi musika kami ialah James Brown, Prince, Stevie Wonder, Wes Montgomery, Stevie Ray Vaughn, Eric Clapton, Red Hot Chili Peppers, Blues Gang, Pretty Ugly, Radiostar, Mocca, Ten 2 Five dan lain-lain lagi.
Lagu pertama kami ialah Sang Pewarna, dicipta sepenuhnya oleh Kadir buat seorang gadis yg istimewa dalam dirinya. Lagu kedua pula dicipta oleh Kecik iaitu Takdir dan lirik oleh Kadir. Lagu tersebut menceritakan mengenai takdir seorang manusia. Pada masa ini kami banyak berjumpa untuk berkongsi ilham untuk menghasilkan lagu baru. InsyaAllah kalau tiada aral melintang kami akan mengeluarkan demo pada awal tahun depan.
Jika mempunyai apa-apa sila hubungi kami di alamat email berikut:
[email protected]
Terima kaseh.
News at 11 - Takdir
KLIK SINI JIKA MAHU MUAT TURUN LAGU KAMI!

My Interests

Music:

Member Since: 11/26/2006
Band Website: myspace.com/newsat11s
Band Members: Kadir (Vokalis)
Hizami (Bassis)
Kecik (Gitaris)
Adip (Dramer)
Fay (Kibordis)
Odey (Gitaris Kedua)

Influences:
Sounds Like:Takdir

Aku berjalan seorang diri,
Mencari yang tak pasti,
Menggapai pelangi tinggi,
Yang pergi takkan kembali,
Yang datang tak kita cari,
Semua hadir dariNya;

Takdir yang menentukan,
Tanpa kita sedari,
Segalanya kan berubah tiba-tiba sahaja,
Dan kita berusaha,
Agar hidup sempurna,
Berdoalah kepadaNya Tuhan Yang Esa;

Yang pergi takkan kembali,
Yang datang tak kita cari,
Semua hadir dariNya;

Takdir yang menentukan,
Tanpa kita sedari,
Segalanya kan berubah tiba-tiba sahaja,
Dan kita berusaha,
Agar hidup sempurna,
Berdoalah kepadaNya Tuhan Yang Esa;

Takdir yang menentukan,
Tanpa kita sedari,
Segalanya kan berubah tiba-tiba sahaja,
Dan kita berusaha,
Agar hidup sempurna,
Berdoalah kepadaNya Tuhan Yang Esa;

Type of Label: None