filmclub ( National Arts Academy ) profile picture

filmclub ( National Arts Academy )

Pasal filem bukan plotnya. Ikut hati bukan teori, atau apa-apa lagi...

About Me

HADIAH YANG PALING BEST AKU DAPAT MASA HARI JADI AKU.... (21.1.1988)Petang 20hb Januari aku dan kawan baik aku ke Mid Valley untuk menonton wayang gambar iaitu Pathfinder dan Berbagi Suami.Untuk kali kedua aku melihat cerita Berbagi Suami yang aku melihat dari mata aku ia sebuah filem yang aku tunggu untuk awal tahun 2007.Untuk filem 'Pathfinder' ia seakan - akan pengarah ingin cerita ini sendiri untuk gagal.Walaupun cerita ini melibatkan Viking yang sejarahnya tidak tepat.Maka pengarah mencipta teorinya sendiri.Dan pihak baik dalam cerita ini adalah kaum red indian yang menampakkan terlampau lemahnya berbanding Viking yang kua( BERBAGI SUAMI ) Wahai my readers! Pergilah tonton di panggung sementara masih ada tayangan! Rating LPF: 18PLStory Structure 3 cerita (ensemble film) yg bergerak bersama2 serentak ke depan (1 time-frame tru linear-storytelling) ditayangkan secara giliran dlm anyaman yg sangat bagus! Ia sebuah filem yg mambawa isu yg sgt berat tetapi berjaya dipersembahkan dlm penceritaan yg menyerap ke dlm jiwa lagi mengujakan minda! It's contagious! Ia akan menghantui anda!Salma - poligami yg near perfect! Siti - poligami yg near disaster! Ming - poligami yg terperangkap! Time-frame ketiga-tiga cerita aku anggarkan berlaku dlm 10 tahun serentak: 1. Salma mendahului sbg pembuka cerita iaitu 10 tahun yg lalu (bukan flashback iaitu linear storytelling) dimana dia mengetahui dimadukan, bergerak ke depan sehingga berlakunya tragedi tsunami Acheh. 2. Siti datang ke Jakarta mungkin 5-6 tahun yg lalu, bergerak ke depan juga berakhir dgn tragedi tsunami Acheh. 3. Ming mula bekerja di restoren mungkin di antara cerita Salma & Siti, mungkin 6-7 tahun yg lalu bergerak ke depan sehingga tragedi tsunami Acheh. Ketiga-tiga cerita menggunakan 3-act-structure bagi setiap cerita masing2 Bagi aku, kalau dilihat sebagai sebuah filem tanpa memisahkan ketiga-tiga cerita, aku dpt simpulkan bahawa: Salma (act-1) Siti (act-2) Ming (act-3) Salma (set-up) Siti (confrontation) Ming (resolution) Salma (beginning/kepala) Siti (middle/badan) Ming (end/ekor) Apakah acuan filem ini? (Plot/Structure) Aku kena tanya Nia Dinata sendiri. artikel oleh rudzain zabaruddin

My Interests

HAri tue member aku bawa untuk pra-tonton filem yang akan dibawa masuk oleh Tayangan Unggul- Kuntilanak. Itu Puntianak untuk orang Malaysia, walaupun dalam versi Indonesia kakinya ada kuda (setan kan pelbagai rupa..) Kuntilanak adalah sebuah filem seram yang menarik, walaupun stereotaip, mengikut gaya biasa yang kita tonton dalam sebuah filem 'slasher' Hollywood (siapa akan mati selepas ini? Mengikut undang-undang slasher, orang berzina yang selalu menjadi mangsa pertama, orang yang bertanya soalan bodoh "siapa tu?", dan orang yang mahu merosakkan dara anak dara) serta 'hantu Rambut panjang' filem-filem Jepun. Tetapi takat itu sajalah salinannya (itu untuk tahap bebudak hip zaman kini yang tak kenal filem-filem sihir Vincent Price dan filem-filem setan Roman Polanski, Val Newton, Dario Argento, Mario Bava dan Roger Corman kerana filem ini juga ada menggunapakai unsur ahli sihir gaya barat serta idealogi setannya yang agak memikat). Di situ saja. Tetapi yang pentingnya, filem ini banyak bermain simbol/clue yang diperkembangkan dan filem ini juga sekurang-kurangnya memberi kami latar sejarah yang memikat, walaupun tidaklah se'ngeri' sejarah Ghost Game. Premisnya pun senang, mengikut gaya filem-filem slasher (tetapi sekurang-kurangnya mempunyai nada psikologi yang betul) di mana seorang gadis dara cun bernama Sam yang ada balak cun bernama Agung pergi duduk di sebuah rumah tumpangan untuk gadis-gadis/pria-pria liar. Di sinilah masalahnya filem ini. Untuk 20 minit awal filem ini, kerana ia cuba 'membangun'kan filem ini dengan dialog dan dialog, menyimpan dulu 'seram'nya, dan memberi kita beberapa wajah yang kita tak peduli pun, menontonnya agak membosankan, sehinggalah si Sam mula berhadapan dengan Kuntilanak untuk pertama kalinya. Masalah kedua filem ini ialah, persoalan 'kenapa Sam yang dipilih' tidak berjawab. Sebenarnya, ini adalah masalah-masalah kecil, kerana sebagai peminat seram, anda tetap akan 'terhibur' dengan keseraman filem ini dan falsafah yang ia mahu bawa, walaupun premisnya agak tersimpan, kecil dan kadang-kala kita 'cringe' untuk berkata "kenapa kau buat begitu bodoh???" Ya, aku terhibur menonton filem ini, seronok! Walaupun 'endingnya' gelap, ia tetap 'i feel safe' untuk aku, semacam aku rasa menonton Twilight Zone the Movie (filem seperti Blair Witch Project, Love Conquers All, Cannibal Holocaust, Repulsion, Rosemary's Baby, The Birds adalah filem-filem yang mempunyai ending yang 'true horror'). Dua perkara penting yang filem ini bagus adalah: Latar seninya- ia amat cantik, eksotik dan ekspresionistik. Pembikin 'art direction' filem ini bolehlah aku panggil (dan mengikut sedikit gaya Jelangkung) penyambung gaya ekspresionis Dario Argento, malah ada beberapa babak Sam berjalan di lorong gelap dalam rumah, kita akan teringat dengan mainan bayangan cahaya, angin dan kebiruan dalam Suspiria. Babak pokoknya cun, rumah tumpangannya cantik dan seram banget, serta objek-objek yang dipilih dalma filem ini 'blend well' dengan premisnya. Suntingan- walaupun klise, filem ini tetap memberi keseraman yang mengujakan kerana 'fast cut'nya. Memang, beberapa babak semacam kita menonton Ju-On sekali lagi. Tapi, hah, kuasa suntingan dan penggambaran pengarah fotografinya telah berjaya membawa keseraman yang punya dunianya yang tersendiri. Ada satu babak yang sangat seram, waktu itu, Sam memandang ke arah pokok besar. Dan dalam fikiran kita, seakan kita nampak ada sesuatu di atas pokok, dan tiba-tiba, sekilas pandang, ADA! (remember Cat People?) Dengan gaya ini, filem ini berjaya buat aku kata, "uhhhh, seram banget..!!" Idea filem ini adalah perempuan dan kuasa, memaparkan kuasa dan emansipasi keperempuanan. Semua objek yang tersimpan dalam filem ini sebenarnya meng'glorify' ciri seorang perempuan itu melebihi lelaki. Kalau kalian sedar, di dalam filem ini, lelaki begitu lemah, bodoh, suka seks dan dibayang-bayangkan dibalik perempuan. Ada kuasa feminisme dan lesbianisme dalam filem ini. Pada awal-awal lagi filem ini telah memberi kita simbol utama perempuan- batu, gunting dan pinggan. Lihat bagaimana permainan batu (kaitan dengan jubin di pokok, juga berkait dengan tanah atau 'mother earth', simbol lama wanita) gunting (kaitan rambut dipotong di pertengahan cerita, juga simbol ilmu hitam, juga simbol perempuan yang meng'hina'kan diri) dan pinggan (kaitan jamuan yang dipuja ke atas potret perempuan, yang kita faham adalah pengasas ilmu hitam kuntilanak itu) dipermainkan dalam filem ini. Kita sendiri tahu, perempuan adalah 'orang dapur', orang rumah, bini dalam tradisi dunia lelaki. Di dalam filem ini, ia mahu memaparkan, dengan kuasa yang ada dengan perempuan, dan digembleng oleh perempuan, perempuan dapat melebihi lelaki. Perempuan tidak perlu lagi ditusuki mani lelaki untuk 'mengandung'. Keluar-masuk Kuntilanak melalui cermin adalah bayangan 'anak' keluar dari vagina ibunya. Semua jenis 'phallus' di matikan dalam filem ini (pisau ditiadakan. Tiang katil pun tidak kelihatan 'kelelakian'. Banyak mainan tingkap, lorong panjang dan cermin, 'salur lubang' untuk keluar masuk). Perempuan ADALAH ciptaan yang paling misteri untuk kaum Adam, walaupun mereka datang dari rusuk mereka. Di dalam filem ini, lelaki tertunduk dengan kemisteriusan wanita- pisang di jamu dalam pinggan (memberi kita clue- lelaki yang selalu dikorbankan untuk santapan Kuntilanak), lelaki dipanggil 'lemah', para lelakinya satu tahap jauh daripada protoganis perempuannya. Ini amat penting kerana, dalam semua filem pontianak, perempuan LEBIH BERKUASA, atau memaparkan kekuasaan misterius perempuan, baik untuk membalas dendam sistem patriakal lelaki (Sundel Bolong), mengenakan lelaki (PHSM, Sundel Bolong) atau menundukkan lelaki (Pontianak). Maka Kuntilanak telah berjaya menyambung lagi idealisme feminsme dalam perempuan melangkau lelaki, walaupun dengan cara hitam dan misterius (seperti Vampire perempuan). Malah, dalam satu babak, kita dapat lihat (yang aku rasa dipotong) bahawa Sam seakan bercium atau mengalami 'sexual advance' oleh bomoh perempuan di klimaks cerita. Maka filem ini sebenarnya menggambarkan, dalam dunia perempuan, ada litar-litar yang tidak boleh dan tidak akan dimasuki lelaki, tidak akan membuat lelaki faham kenapa perempuan bertindak sebegitu dan mengambil pilihan sebegitu. Itu sudah cukup untuk menggambarkan kuasa feminsime filem ini, walaupun ia terpaksa dibuat dalam fantasi bobrok dan stigma yang paling perempuan tidak suka- melakar semua perempuan yang berkuasa adalah ahli sihir. Filem ini adalah satu petanda yang paradoksial- jika ia dipaparkan pada orang timur, mereka akan memahami keinginan perempuan yang 'tidak jitu' untuk menyamai kekuasaan orang lelalki, tetapi kalau ia dipaparkan kepada penonton barat, mereka akan menyatakan kata yang seksis- "Lihat, perempuan terpaksa guna ilmu hitam untuk menjatuhkan kaum lelaki, iblis betul". Maka kitaran mempersalahkan perempuan kerana ketidakfahaman mereka terhadap sifat biologi dan emansipasi mereka menyebabkan mereka tetap ditindas dalam dunia sekarang.( Untuk pengetahuan korang aku takut citer yang ber'genre' horor ni.Tapi dengan machonya aku masuk walau takut....tapi memang takut pun....) oleh : rudzain zabaruddin kait: www.filmkuntilanak.comArticle from BERITA HARIAN, Sept. 23, 2006 KUALA LUMPUR:
Perfileman adalah industri kreatif dan budaya, bukan saja banyak menyumbang kepada pendapatan negara, malah menjadi antara saluran paling penting dalam mengangkat dan mengetengahkan martabat seni budaya, warisan serta nilai sosial masyarakat berbilang bangsa dan kaum di negara ini. Justeru, langkah kerajaan menggubal semula Dasar Perfileman Negara 1997 yang diperkukuh semula dengan mengambil kira aspek-aspek produksi, pemasaran, peralatan, insfrastruktur, kewangan dan pembangunan sumber manusia tahun lalu, membuktikan kepentingan membangunkan industri perfileman negara. Perkembangan pesat industri perfileman turut memangkin kepada perkembangan ekonomi negara. Penubuhan Akademi Seni Kebangsaan (ASK) yang dinaik taraf sebagai Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) baru-baru ini, turut memainkan peranan sebagai institusi induk pengajian seni yang relevan dengan industri kreatif. Usaha memperkukuhkan pembangunan modal insan dalam industri perfileman di ASWARA dimantapkan lagi dengan penawaran program pengajian filem dan video di peringkat diploma dan ijazah yang setiap satu mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Bahkan, cukup membanggakan kerana graduan diploma ASWARA ialah individu yang menguasai kemahiran teknikal , spesifik dan relevan dengan keperluan industri perfileman yang makin berkembang. Pelajar peringkat Ijazah pula adalah sekelompok pelajar yang akan menguasai ilmu teori yang kuat dan menjadi pemangkin mekahirkan generasi muda Malaysia yang berilmu untuk mengisi perkembangan keilmuan dalam industri yang relatif muda di negara ini tapi menunjukkan potensinya pada masa depan. Kurikulum di ASWARA ialah untuk mengenal pasti, memperkuat serta membimbing potensi diri pelajar dalam bidang penting perfileman seperti pengarahan, rekaan produksi, penulisan lakon layar, sinematografi, penyuntingan, pengurusan produksi dan penataan bunyi. Selain memfokuskan kepada aspek akademik, pengajian filem dan video, pelajar turut diberi peluang dan ruang memperkayakan pengetahuan dan pengalaman melalui aktiviti peluasan yang diadakan dari semasa ke semasa. Pembelajaran Filem dan Video di ASWARA juga bersifat holistik dengan adanya pengajian lain seperti tari, teater, muzik dan penulisan. Gabungan kreatif semua pengajian akan menyumbang kepada penghasilan sebuah filem yang bermutu dan mampu menarik khalayak ke pawagam. Oleh itu, memang menjadi harapan pembelajaran dan pengajian Pengajian Jabatan Filem dan Video ASWARA akan mampu melahirkan sumber tenaga manusia profesional dalam industri perfileman tanah air yang akhirnya akan mencapai tujuan dan matlamat Dasar Perfileman Negara.

I'd like to meet:


Aku pegi Bangkok tahun lepas. Dapat tangkap filem ni di pawagam sana, di pawagam baru Bangkok- Siam Paragon. Best, wa cakap lu. Pertama kalinya aku dapat menonton sebuah filem seram GORE yang tanpa dipotong, tunjuk depan-depan, segala darah, kata kesat dan mayat bogel. Sampai ada satu bab, walaupun tak segila imejan Hanibal Lecter memotong kepala Ray Liota dalam Hanibal, tetap buat aku meloncat-loncat dalam pawagam, sampai kawan aku suruh aku diam.Aku tak tengok lagi Saw 2 (sebab cik lanun kita selalu tayang filem dalam wayang yang aku tak suka), tetapi dengan menonton Saw 3, aku dapat faham sedikit sebanyak apa yang ada dalam filem bahagian kedua dan apa pengkahirannya dalam bahagian ketiga. Bahagian ketiga ini, seperti Scream adalah 'closure' pada sebuah filem seram/ psikologi/ mainan minda/ puzzle/ thriller yang aku rasa, dalam beberapa tahap dapat menandingi Se7en yang diikutinya, walaupun kita sudah tahu apa yang akan berlaku, walaupun kita sudah agak mana permainan yang dapat diselesaikan, mana permainan yang tidak.Paling penting, Saw 3 memberi 'wajah' dan 'manusia' kepada watak si pembunuh yang kita tahu semacam 'Keyzer Soze' memberi jawapan-jawapan menyakit hati dan menumbuk kepala kita di akhir filem, memberi makna 'even after death, he still speaks' kepada satu aras yang baru.Paling baik juga, ia memberi sejarah psikologi dan kesan terhadap si perempuan (di dalam Saw 1, antara yang terselamat) untuk kenapa dan apa dia perlu menolong si pembunuh ini, dan bagaimana dia menyelesaikan masalahnya sendiri hari ke hari dalam bersama dengan seorang pembunuh paling pandai dan licik di dalam dunia.Walaupun akhirnya, aku mahu sangat si mangsa (yang dimasukkan dalam permainan) mencapai kemenangan (dia tidak gagal sepenuhnya) supaya memberi maksud adanya kemaafan dalam diri manusia, dia akhirnya tak capai, maka maksud filem ini, membawa jawapan yang pesimis, walaupun mengikut 'syarat-syarat permainan' (metafora pada sistem pentadbiran, sistem moral dan sistem perundangan yang manusia sendiri cipta) filem ini (malah filem ini seakan punya sejarah, syarat dan dunianya yang tersendiri) bahawa manusia tidak pernah berubah, dan manusia tidak akan boleh memaafkan dendam mereka.Idea ini sangat menggertak minda aku, boleh saja membuat aku loya, tetapi maksud kebenarannya membuat aku sedih dan takut akan manusia. Inilah sebuah filem yang pandai bermain dengan idea survival, keadilan dan balas dendam, semua ciri-ciri yang biasa dalam peperangan lalu memberi satu satira yang sangat memikat, memberitahu bahawa dalam setiap satu kejayaan dalam peperangan (permainan), mesti ada yang perlu terkorban dan hilang punca arah (casualities). Dan permainan ini, baik dalam peperangan, perniagaan, keluarga dan juga mengacau awek, adalah benda sama yang manusia (bukan saja lelaki) ulang-ulang, hanya kerana mengisi dan mengikut nafsu dan emosi mereka.Filem ni tak beri masa langsung pun untuk kita bernafas (adalah, di tengah-tengah) untuk 'menyayangi' mangsa-mangsa kita (malah seorang protoganis penting dalam Saw 2 dibunuh terus tanpa soal, gila!), dan awalnya agak keliru (sebab aku tak tonton Saw 2) tetapi telah memberi tulang belakang yang sangat kuat, walaupun ada lubangnya, tetap memberi logik dan impak seram yang sangat hebat pada akhirnya.Antara francais seram yang berjaya, malah bangga dimulakan oleh James Wan (seorang anak Malaysia) lalu menjadi suatu dunia seram yang baik dan setaraf dan seangkatan filem seram pos moden Scream dan filem-filem Jepun lainartikel oleh rudzain copyright 2006

Movies:

Love Conquers All- Siksa MenontonnyaSebuah filem sulung pengarah wanita Cina Malaysia, Tan Chui Mui (pembikin filem pendek Sepohon Pokok di Tanjung Malim), ini adalah sebuah filem yang agak susah mahu diikuti. Ya, ia mengikut gaya 'draggy' yang aku tidak 'molek' sangat menyertai. Malah, ada beberapa babak yang mahu saja aku jerit "ubah skrip!"- tapi itu silap aku lah, sebab filem ini datang daripada tradisi filem-filem neo-realisme, tipikal realisme yang hanya berubah pada detik roh seorang watak meninggalkan tubuhnya. Sekurang-kurangnya filem ini lebih senang dijamah kalau dibandingkan dengan Sanctuary. Judul filem ini, Love Conquers All sendiri, seakan satu ironi terhadap imej dan aksi yang kita lihat di dalam filem ini, yang boleh dirungkaikan kepada dua perkara- perasaan penyendirian (apa rasanya untuk memilih untuk bersendirian atau menerima penyendirian) dan survival golongan Cina dalam negara Meredeka Malaysia. Sebenarnya, aku lebih suka pada perkara pertama (sikap penyendirian) kerana perkara itu lebih sarwajagat dan masih berkait dengan perkara kedua filem ini. Apa yang menarik tentang filem ini adalah, ia membaur aspek-aspek imej, suara dan budaya yang sangat halus. Ideanya adalah untuk mempermain-mainkan penonton, baik daripada segi yang mahu menontonnya untuk hiburan lazim Hollywood, yang mahu mencari makna pada setiap objek di dalam filem, dan yang hanya mahu menonton sebuah filem bagus. Semua 'yang' itu dipermainkan oleh Tan, memberi ironi demi ironi yang akan membuat anda, baik seorang penonton biasa, atau seorang penonton profesional untuk meloncat dari kerusi anda. Contohnya seperti adegan 'meloncat dari kereta' yang akan mengingatkan kita kepada dialog "If you jump, I'll jump" Titanic dan bagaimana siksanya 'realiti' yang dicipta oleh Tan untuk kita. Permainan perbauran ini dimainkan lagi dalam beberapa adegan, satunya adalah waktu si lelaki Cina mengucap "Assalamualaikum" di luar rumah Melayu (mereka tersasar ke sebuah perkampungan Melayu, di mana si lelaki itu berkata kepada si perempuan, di situlah mereka akan menetap dan kahwin), serta drama di TV yang separa-surrealis di mana lelaki Cina dan perempuan Cina berucap dalam bahasa Cina di tepi bendang(!) yang ditontoni oleh keluarga Cina. Permainan pembauran ini amat membuka pengalaman menonton untuk 'recapture time and spaces' dalam segi pemahaman kita pada realiti budaya tempatan ATAUPUN pemahaman kita dalam sejarah filem-filem lepas. Sebenarnya, aku tidak suka sangat dengan filem ini secara peribadi bukanlah kerana ia tidak hebat (Raindogs bagi aku, adalah filem yang lebih baik daripada filem ini). Ia sebuah filem yang dirakam dan dipaparkan dengan baik, tetapi 'bleakness' yang dipaparkan di dalam filem ini, akan membuat sesiapa yang menontonnya rasa gundah gelana. Malah, aku kira, inilah filem seram terbaik tempatan yang keluar pada tahun ini. Rasa siksa melihat 'kejatuhan', 'penyendirian', 'impian tak tercapai' serta 'pengaruh fantasi menindas realiti' sangat terasa walaupun anda sudah keluar dari panggung. Hanya mungkin, Tan patut sedar, ada beberapa babak di dalam filem ini 'terlalu' panjang. Awal filem ini adalah satu contoh. Sehinggalah si gadis bertemu John di pondok telefon, 'cerita'nya mula menjadi menarik. Babak akhir juga begitu, apabila si ibu yang membonceng anaknya tersenyum sedang lagu pancaragam di latar suara berkumandang- adegan yang sangat panjang dan terlalu, malah tidak tampak 'real' lagi (ini disengajakan). Malah, paling aku tidak suka adalah, gaya 'bajet rendah' yang masih melingkungi filem-filem indie Malaysia di mana idea 'imej bercerita seribu makna' yang kita semua tahu, produser tidak ada duit dan pengarah tidak berani membikinnya. Ini adalah waktu si gadis mencampak dirinya ke luar kereta. Aksi ini memang memerluklan 'stunt', tetapi kerana tiada 'expertise', adegannya tiba-tiba, kita lihat si gadis sudah terbaring di atas jalan raya. Jika Tan dapat menandingi penangkapan ini, filem ini akan lebih bermakna, kerana idea/imej 'keluar dari kereta' itu adalah aksi metafora paling kuat untuk menunjukkan si protoganis 'keluar' dari cengkaman 'realiti' di sekelilingnya (bayangkan, semacam Marcello di dalam 8 1/2 keluar dari tingkap keretanya lalu terbang ke awan. Perjalanan realiti dalam filem ini digambarkan daripada awal filem di dalam bas, maka si protoganis mengetahui 'jalan keluar' terlalu lambat). Tetapi yang baiknya tentang Tan adalah, filem ini sekurang-kurangnya memberi impak itu, satu ketidakselesaan, walaupun pada babak 'happy ending' di akhir cerita (kita sedar, babak ini tidak 'real', fantasi, yang berlaku waktu si protoganis sudah mati, ini mungkin keinginan spiritualnya yang akhirnya bebas keluar) ditayangkan. Satu perkara yang aku suka pada Tan ialah, dalam setiap filemnya, sepertimana Sepohon Pokok di tanjung Malim, impak dan makna sebenar ideanya (rahsia Tan), disimpan dan biarkan melegar-legar, sehinggalah kita sampai pada akhir cerita. Aku dapat rasa siksa dan bosan apabila menonton Sepohon Pokok di Tanjung Malim, tetapi pada babak akhir, babak akhir itu telah menjawab segala-gala keinginan aku, segala-gala keinginan Tan dan filem itu jadi sebuah filem yang sangat bermakna. Begitulah yang Tan lakukan terhadap filem ini. Lihat saja babak awal filem ini di atas bas. Hanya apabila pakcik India itu menangis, kita 'faham' signifikasi babak itu. Ini termasuk dengan pelbagai 'suprise' yang Tan simpan dengan terancang pada beberapa babak tengah filem, dan setentunya apabila roh si gadis meninggalkan tubuhnya. Untuk itu, Tan adalah antara pengarah wanita Malaysia yang kita tunggu-tungguCinta- Satu-satunya Filem Cinta Yang Berjaya Filem Malaysia konvensional sudah berjalan sangat-sangat jauh untuk tiba ke sini, dan apabila ia tiba, ia tiba dengan satu dendam dan nikmat yang sungguh memikat. Aku selalunya tidak suka pada filem romantik, lebih-lebih lagi dalam idealisme asyik-mahsyuk dan 'fairy tale' seperti yang kita lihat dalam My Heart. "Cinta", adalah sebuah filem romantik, tetapi ada sesuatu dalam Cinta yang tidak dapat aku tulis sahaja untuk menjustifikasikan ekspresinya. Mungkin satu perkataan sahaja- ajaib. Ya, inilah filem 'cinta' yang kita tunggu-tunggu, malah aku berani berkata, inilah jawapan kita kepada filem-filem romantik Indonesia yang selalu saja mendarat ke bumi kita. Mungkin ajaibnya filem ini adalah, sakti yang selalu turun kepada Cinderella, Snow white dan Sleeping Beauty dalam mereka memenuhi cinta adalah benda-benda ajaib dan di luar kesanggupan manusiawi- dan inilah kehebatan Cinta, di mana idea 'sakti' ini diubah dengan penyanggupan di luar kemampuan Majnun atau Romeo itu dicurahkan kepada si Layla atau Julietnya (sikap yang serupa diambil oleh Amelie'), melangsungkan efek-efek manusiawi yang tinggi dan mungkin tidak sanggup dibuat dek orang biasa, hanya kerana cinta. Dan dalam segala sakti itu, ada satu kepentingan yang berjaya diangkat dan disulam cantik oleh pengarah mudanya, Kabir Bhatia, dia tidak lupa akan manusia-manusianya (Kalau diteliti betul-betul, hanya manusia-manusia yang punya jiwa, kemanusiaan dan 'cinta' terhadap semanusia sendiri dipaparkan dengan sepenuhnya dalam filem ini. watak-watak yang tidak akan melangsungkan ikatan atau pertalian manusia dengan watak, akan di'pudar'kan. Dan dengan genius, dengan sengaja, pengarahnya mengambil seorang pelakon bodoh untuk melakonkan watak si Khalif yang tidak menggambarkan cinta, hanya untuk memperkuatkan idea ini- nota fadz: secara seloroh, kalau kamu tak berhati-perut, kamulah pelakon yang bodoh dalam dunia ni). Cinta adalah sebuah filem romantik komedi 'himpunan para pelakon' yang sama tradisinya dengan Love Actually dan drama Crash di mana himpunan pelakon ini akan secara sengaja atau tidak, akan berkait, berjumpa dan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Idea ini bernas, memaparkan dalam dunia penuh besar (KL), ia masih sebesar kampung sahaja dan saling jumpa-menjumpa seperti 6 Degrees of Seperation, idea yang biasa berlaku dalam mana-mana filem soap opera. Dan dalam Cinta, Kabir Bhatia harus diberi tepukan gemuruh kerana berjaya menghimpunkan para pelakon yang sempurna.

My Blog

Malaysian Student's film and video festival

MALAYSIAN STUDENT'S FILM AND VIDEO FESTIVAL 2006 vanue : National Arts Academy ( Akademi Seni Kebangsaan near JKR HQ and near Dataran Merdeka ) event : 9 & 10 Disember  ...
Posted by filmclub ( National Arts Academy ) on Tue, 21 Nov 2006 08:22:00 PST