SILLHOUTTE profile picture

SILLHOUTTE

Logon to amp.channelv.com/sillhoutte

About Me

Sillhoutte (senang disebut sebagai Silwayd) adalah band Pop dari bandar Kuching, kepulauan Borneo. Lahir pada 2003, hasil daripada gabungan minat 3 anak muda terhadap musik Indie Brit Pop, iaitu Mohammad Adhim Alibaba, Ethelbert Drostan dan Khairul Bintulu.
Bertahun memekakkan telinga dengan sajian lagu2 berinti Indie tanpa sebarang material, ditambah lagi dengan kesibukan masing2 dengan komitmen yang ada, Sillhoutte menyepi... hampir-hampir dekat dengan istilah ’hangat-hangat tahi ayam’... Adhim menyambung pelajarannya di Tanah Malaya, Ethelbert Drostan memberi konsentrasi penuh terhadap band asalnya, NERD (pernah dikenali sbg ZOO) dan Khairul hilang tanpa berita.
Mohammad Adhim Alibaba bergerak sendiri secara solo dalam bidang musik, masih menggunakan nama Sillhoutte, namun menghasilkan materialnya yang berunsur Elektronika...sedikit lari dari landasan sebenar yang digilainya...Selama 3 tahun bergerak solo, Sillhoutte telah melahirkan 1 L.P. (Saints, Sinners & You 2005) dan 1 E.P. (Poppaganda 2007) terhad keluarannya, yang hanya dipasarkan melalui order penghantaran pos. Satu daripada lagunya, Saints & Sinners tersenarai didalam Kompilasi Indie For Glory Volume 1, dibawah A Glorious Day Records.
Sekembalinya Mohammad Adhim Alibaba ke Borneo untuk bercuti, beliau bertemu pula dengan Edwin Jang Joseph, gitaris dari kumpulan Paradoxically Opinion dan tertarik dengan gaya permainan gitarnya lalu bercadang membuat band side projek bersama-sama dengan Zamry Jaafar, bassis dari band The Rudeboys. Dengan menggunakan nama The Bulletcast Members, lagu pertama ciptaan mereka adalah "Sleeping Lullaby" dimana ia dihasilkan hanya pada satu malam. Satu keserasian yang akan membawa perubahan yang bermakna dalam band ini.
Selepas berbincang, akhirnya The Bulletcast Members ditukar semula namanya kepada Sillhoutte. Band ini mengetengahkan konsep Borneo Pop, satu term baru yang diilhamkan dari band Nice Stupid Playground. Sebagai satu band pop di dalam komuniti musik Kuching Indie Rebel, satu label tidak rasmi sebagai pengantara anak2 muda tempatan dalam berkarya, adalah menjadi satu variety dimana terdapat juga band2 yang lain seperti NERD, Farrah dan Chaotic Addict yang bermain konsep yang lain (Street Punk, Indie Rock, Lo-Fi). Ia menjadi satu kelainan dalam kepelbagaian jenis musik bawah tanah yang mula berkembang di bandar Kuching. Biarpun sekadar bermain musik Pop yang sinonim dengan dunia mainstream,namun Sillhoutte menjanjikan kelainan kepada pendengar.
"Sleeping Lullaby" pernah memenangi tempat ke 3 dalam pertandingan Band antara Universiti seluruh Malaysia anjuran ICOM pada tahun 2007 bersempena dengan kempen Unity in Music menjelang hari Kemerdekaan, bertempat di PISA, Pulau Pinang. Ia menjadi merit kepada Sillhoutte dalam melangkah alam seni musik, dan menjadi benchmark untuk musik gubahan mereka yang seterusnya.
Sehingga artikel ini ditulis, Sillhoutte telah pun merakam 3 trek (Beauty Scenery, Borneoland & Sleeping Lullaby) untuk Demo terbaru mereka, "A New Chapter". Sehubungan dengan itu, Sillhoutte turut menambah dua ahlinya, iaitu Khairul Azmin (ex-Paradoxically Opinion) dan Wan Mohd Taufik (Farrah) bagi melengkapkan line up.
Pada ketika ini, Sillhoutte hanya akan bermain unplugged di mana-mana undangan, memandangkan Mohammad Adhim berseorangan di Tanah Malaya, manakala ahli kumpulannya yang lain menetap di Sarawak. Sillhoutte hanya akan aktif sebagai sebuah kugiran lengkap pada tahun hadapan, 2009, setelah beliau menghabiskan pelajarannya. Insyallah. Sokongan dari anda semua akan membantu Sillhoutte mengorak langkah dalam industri muzik tanah air. Sekian, terima kasih dan assalamualaikum.
Yang Betol;
Heebunk
------------------------------------------------------------ -------------------------------
Sillhoutte with Sleeping Lullaby live at Skizo Studio, 23rd February 2008
Early performance of Sillhoutte, Unity in Music, PISA, Penang, 2007
Official Sleeping Lullaby videoclip, 2008
Get your own Chat Box! Go Large!

My Interests

Music:

Member Since: 10/29/2006
Band Website: amp.channelv.com/sillhoutte
Band Members: Mohammad Adhim Alibaba (Vocal/songwriter)
Edwin Jang Joseph (Lead Guitar/songwriter)
Zamry Jaafar (2nd Lead Guitar)
Khairul Azmin (Bass)
Wan Mohd Taufik (Guitar)
Additional members:
Zuhal
Mohammad Noah Hatta
Elly Qodry
Amir Zaki
Along @ Elvi Nasrul of Moonmates 70’s
Influences: Longpigs
Suede
James
Babylon Zoo
Happy Mondays
Pulp
Arkarna
The Lightning Seeds
Rialto
EMF
The Tears
Manic Street Preachers
Empire Dog
Futon
Kula Shaker
Ocean Color Scene
The Divine Comedy
Shed Seven
New Order
Simply Red
Gene
Brett Anderson
Bernard Butler MyGen Profile Generator
Sounds Like:

..
Record Label: Indie
Type of Label: Indie